Cuba tengok dalam pertumbuhan blog ni mmg perh.. Byk teramat sangat.. Memang sangat2 memberangsangkan.. Tula BAGAI CENDAwAN TUMbUh SELEPAS HUJAN..
Tapi adakah mampu kewujudan dan pertumbuhan blog2 ini mercerna dan membuka minda pembaca ataupun penganalisa blog tersebut..
Mungkin ada yang berkata.. "eleh,xde apalah bnda tu.. small matter.. xyah nk digembar gembur"
Tapi budaya memandang perkara yang ringkas sesuatu yang rumit dan sebaliknya menjadikan masyarakat kita menjadi masyarakat yang semakin lama semakin mundur dari segi ketamadunan pemikiran disebabkan makanan hati iaitu ilmu semakin dipandang enteng dan dipandang bukan suatu kemestian tetapi sekadar perkara yang membazir masa.. Sedangkan Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim...
Agar kita menjadi masyarakat yang dipandang tinggi dari segi tahap pemikiran dan pembudayaan sihat, kita perlulah mempunyai tahap keilmuan yang tinggi .. Untuk mencapai hasrat ketamadunan tinggi, masyarakat perlu dibentuk daripada penyediaan bahan2 bermanfaat dan bukanlah bersifat membaca atas dasar penyediaan yang sekadar mengisi masa lapang tetapi memastikan bermanfaat untuk golongan pembaca.
Sampai satu tahap wujudnya blog2 yang mengecam pelbagai pihak dalam perkara2 sensitiviti kaum dan jugA perkara2 yang menyentuh sensitiviti individu.. Tidak kiralah blog tersebut atas dasar atau platform apa sekalipun, tapi perkara2 yang dianggap remeh temeh perlu diambil kira kerana tanpa disedari perkara yang remeh itulah akan menjadi isu dan diperbesar .. Maka, mari kita bersama memanfaatkan wadah yang ada ini untuk kemaslahatan ummat.. Tidak kiralah kaum atau bangsa apa sekalipun, tapi biarlah ianya menjadi manhaj yang bermanfaat pada semua.. Bukanlahh blog yang diguna untuk menyakiti mahupun menggunakan bahasa yang kasar.. Kerna apa yang dilakukan, akan dihitung di akhirat kelak.. Sekian.. ^_^..