Total Pageviews

Thursday, November 8, 2012

Hidup yang masih panjang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Telah selesai sudah penggal kelas pada semester 4 ku di British Malaysian Institute, UniKL, pelbagai ranjau telah kulalui, pelbagai ragam ku lihat, ku perhati, ku teliti, dan kuamati.. Ku Ambil Iktibar dari apa yang berlaku,kini diriku berada di persimpangan,


                               sama ada persimpangan kiri, persimpangan kanan, mahupun persimpangan yang lurus, simpang yang membawa ku ke destinasi 1, 2, ataupun 3, destinasi yang membawaku ke ranjau duri, atau duka, mahupun durjana, aku harus memilih, sama ada hina mahupun duka, tetap ku harus tempuhi,demi masa depan yang jitu...

                   Semakin aku melusuri ragam hidup makhluk bergelar manusia, semakin aku sedar, bahawa dalam setiap penciptaan yang dijadikan Rabb yang Esa, ada seribu satu tersirat hikmah, dimana terjadinya manusia itu lain paras rupa, muncung hidung pelbagai rupa, tebal bibir berupa bagai, tetapi semuanya tidak serupa, mana mungkin insan yang menjadikan semua ini, tetapi hanyalah kebesaran Rabbul Jalil yang menjadikan kita orang yang berfikir, akan betapa besarnya kekuasaan Illah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang menjalankan siang dan malam silih berganti, yang menjadikan lelaki dan wanita saling melengkapi, itulah tanda-tanda kekuasaan Allah, bagi yang berfikir.

Dan kawan-kawan. ingatlah bhawa, Tuhan sentiasa melihat, mendengar, dan sesungguhNya kerahiman Allah tiada tolok banding, tiada penanding, tiada penghujung, dan sesungguhnya Allah Taala adalah Tuhan Yang Satu..

Friday, October 26, 2012

Jejaka Idaman(episod 1)

Perkongsian.. Satu ranjau hidup yang berliku.....

Ilham(bukan nama sebenar) adalah individu yang asyik menjaga kebersihan, bak kata omputih, hygieness is the priority of my life ler...

Nak dijadikan cerita Yop, dapatlah dia sambung blaja di institusi pengajian tinggi tempatan....

Maka al-kisah ini bermula sedetik apabila si Ilham ni menjejakkan kaki ke tempat blaja yang baru, dengan rasa semangat nak dapat pointer first class, kalu pelajar yang dapat ptptn dan pinjaman mara ni, kalu ler first class tu, idaman untuk tukor pinjaman jadi biasiswa, agar tidak menyusahkan ahli keluarga dan juga diri sendiri untuk bayar balik pinjaman tu..

                 Tempat yang dia masuk ni bukan calang2, tempat orang intelek, bijak pandai, bak kata orang, first class people ler at here... Saat menjejakkan kaki ke tempat belajarnya yang baru pada hari pendaftaran.... Ilham seperti pelajar2 lain juga, ditemani penjaganya, yang bersama2 dia untuk mendaftar, dengan tanpa berlengah, dia pun memulakan langkah ke kaunter pendaftaran, setelah selesai pendaftaran, dia pun keluar untuk membeli sedikit lagi perkakasan diri yang tidak lengkap lagi, ada sikit je lagi...

                    Saat menjelajah bandar dia bakal duduki untuk 3 atau 4 tahun lagi, dia menjadi kaku....

Kerna keadaan takkan sama seperti kehidupan dia dulu, yang dikelilingi bangunan pencakar langit, shopping complex, dan macam2 lagi, yang jadi idaman setiap orang yang duduk luar dari ibu kota untuk pergi, dan dia sekarang telah berhijrah ke bandar yang secara keseluruhannya lain dari persekitarannya sebelum ini.... Dan.. Balik dari membeli belah, saat berjumpa rakan sebiliknya yang baru... Tiba2.........................

        BERSAMBUNG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Thursday, October 25, 2012

HARI RAYA AIDILADHA.. SATU IMBASAN PENGORBANAN SEORANG BAPA

                           Di dalam kehidupan seorang muslim, salah satu sambutan yang dinanti-nantikan adalah sambutan hari raya Qurban atau ARABnya Aidiladha.

Mesti ramai yang sudah sedia maklum tentang asal peristiwa yang membawa kepada sambutan Hari Raya Haji yang orang melayu biasa sebut, sebab Al-Maklum Tok2 Haji semua pegi haji waktu Hari Raya Haji, jadi diletak ler nama Hari Raya Haji atau formalnye Hari Raya Aidiladha.

Dalam Al-Quran telah dicoretkan firman Allah S.W.T yang melalui mimpi memberi perintah pada Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih Nabi Ismail a.s. sebagai salah satu ujian Para Anbiya', melalui kesanggupan Nabi Ibrahim a.s , salah satu daripada 25 Rasul Allah yang merupakan insan yang terpuji, insan yang bertanggungjawab membina Qiblat Utama Umat Islam selepas Masjidil Aqsa di Palestin,

           Insan yang tawadduk, insan yang penuh rasa kehambaan, dituntun oleh Allah S.W.T di dalam payungan kerahmatanNya, diuji dengan ujian yang sangatlah berat, iaitu perintah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s., dan Nabi Ismail a.s. sebagai seorang anak, yang didada, didalam hati, penuh keimanan, dan hidayah Allah, telah meredhai apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan menyuruh Nabi Ibrahim menyembelihnya tanpa rasa ragu-ragu.  Schedule

           Dengan rasa kehambaan yang tinggi,Nabi Ibrahim a.s. telah melakukan segala perkara yang perlu untuk penyembelihan itu, dan dikala hampir sampai waktunya, Allah S.W.T yang luas rahmat dan kerahiman iaitu penyayangNya pada hambaNya yang taat dan patuh pada perintah dan suruhanNya, telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan haiwan iaiti Kibas, melalui peristiwa inilah telah disyariatkan ibadat Korban , yang bersamanya disekalikan sambutan hari raya Aidiladha, untuk menyambut kebesaran hati seorang hamba, Ibrahim a.s. ,melalui kesanggupan untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Ismail a.s., dan telah digantikan dengan Kibas, iaitu binatang yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran melalui peristiwa ini, untuk mengejarp Mardhotillah ,dalam kita sibuk mengejar dunia yang kian ke penghujungnya.. Wallahua'lam.. :)


Keheningan malam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam keheningan malam yang berlalu,
Ku rasa kekerdilan yang menerpa,
Dalam diri ini ku rasa pilu,
Menunggu penuh pintu tanya dalam alpa.

Ku penuh tanda tanya,
Tiada noktah dalam hidup,
Menagih kerahiman Maha Pencipta,
Aku rebah,menjadi redup.

Di dalam rasa ini ,
Ku pendam rahsia berharap,
Mimpi ini bukanlah nyata mahupun kini,
Meronta-ronta tanpa atap seorang hamba yang resah.

Aku harap wahai Tuhan,
Kerahimanmu yang menerpa di sebalik seribu kerahmatan,
Yang menjelma tanpa ku duga ,
Moga menjadi jaminan keampunan nista ku lakukan.

Ya Rabb,
hati ini rindu,
akan belas kasihMu YaRabb,
Hidupku ibarat mayat hidup yang tiada arah tuju.

Indah meniti rasa apa,
Ku tak tahu ingin meluah ia,
Tapi aku tetap ingin berkata,
Bahawa diri ini adalah hamba hina.

Tiada harga diri ini tanpa agama,
Tiada nilai diri ini tanpa rahmatNya,
Pabila diisi agama dibuang nista ,
Aku rasa diri ini tenang bahagia.

Wahai Tuhan,
Janganlah Engkau Bolak-balikkan,
Hati yang telah Engkau berikan hidayah,
Agar Kau Tuntun ku Setiap Tika dan Masa.

Saturday, February 26, 2011

BLOG=cendawan yang tumbuh selepas hujan..

Cuba tengok dalam pertumbuhan blog ni mmg perh.. Byk teramat sangat.. Memang sangat2 memberangsangkan.. Tula BAGAI CENDAwAN TUMbUh SELEPAS HUJAN..

Tapi adakah mampu kewujudan dan pertumbuhan blog2 ini mercerna dan membuka minda pembaca ataupun penganalisa blog tersebut..

Mungkin ada yang berkata.. "eleh,xde apalah bnda tu.. small matter.. xyah nk digembar gembur"

Tapi budaya memandang perkara yang ringkas sesuatu yang rumit dan sebaliknya menjadikan masyarakat kita menjadi masyarakat yang semakin lama semakin mundur dari segi ketamadunan pemikiran disebabkan makanan hati iaitu ilmu semakin dipandang enteng dan dipandang bukan suatu kemestian tetapi sekadar perkara yang membazir masa.. Sedangkan Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim...

Agar kita menjadi masyarakat yang dipandang tinggi dari segi tahap pemikiran dan pembudayaan sihat, kita perlulah mempunyai tahap keilmuan yang tinggi .. Untuk mencapai hasrat ketamadunan tinggi, masyarakat perlu dibentuk daripada penyediaan bahan2 bermanfaat dan bukanlah bersifat membaca atas dasar penyediaan yang sekadar mengisi masa lapang tetapi memastikan bermanfaat untuk golongan pembaca.

Sampai satu tahap wujudnya blog2 yang mengecam pelbagai pihak dalam perkara2 sensitiviti kaum dan jugA perkara2 yang menyentuh sensitiviti individu.. Tidak kiralah blog tersebut atas dasar atau platform apa sekalipun, tapi perkara2 yang dianggap remeh temeh perlu diambil kira kerana tanpa disedari perkara yang remeh itulah akan menjadi isu dan diperbesar .. Maka, mari kita bersama memanfaatkan wadah yang ada ini untuk kemaslahatan ummat.. Tidak kiralah kaum atau bangsa apa sekalipun, tapi biarlah ianya menjadi manhaj yang bermanfaat pada semua.. Bukanlahh blog yang diguna untuk menyakiti mahupun menggunakan bahasa yang kasar.. Kerna apa yang dilakukan, akan dihitung di akhirat kelak.. Sekian.. ^_^..

Wednesday, February 11, 2009

Apakah itu islam???

Di manakah kefahaman kita tentang islam???

Islam itu Addin.. Islam itu kehidupan.. Rukun islam.. Rukun iman.. Matematiknya ,5-1=0, 6-1=0, di mana logiknya persamaan matematik tu.. Erk.. sejauh mana salah faham terhadap islam yang sebenar telah menular dalam masyarakat kita.. APA ITU ISLAM YANG SEBENAR?

Munakahat sahaja ka? Muamalat sahaja ke? Nikah je ke? Berarak masa maulid je ka? Ke apa2 je?

Budaya masyarakat kita adalah ambik apa yang ske.. Tak emboh apa yang x mau...

Dalam pelbagai cabang blh diperhatikan salah faham ini menular dalam masyarkat kita, dari 360 darjah kehidupan ade sahaja yang salahnye.. Ambik sikit, tinggalnya byk. Sebagai contoh dalam hal berpoligami, pelbagai ragam dan latah dah ditontonkan pada khalayak.
Dalam televisyen , dalam paper, caption yang paling common yang slalu diketengahkan atau yang paling popular la, kaum laki ni berpoligami ikut cara Nabi, Ikut sunnah, tapi dalam keadilan berpoligami mahupun syarat2 berpoligami x reti pulak nk patuhi..

Dengan nafkah yang tidak diberi, pembahagian hak2 isteri tu.. aish.. kalu ikut satu2 nk cakap tak habis smpai ke subuh esok pagi.. dalam menelusuri kehidupan ni, kadang2 tu kelakar melihat manusia ni .. macam2 ragam.. melalui ragam itulah kita dapat menganalisa pelbagai salah faham yang terus menerus menular dalam masyarakat..

Cucukan jarum2 yahudi ini saya percaya sudah lama dan sudah sebati bagaikan ramuan yang sempurna diadun dalam hidangan.. Sangat licik dan terperinci jarum2 ini.. Ditambah pula fenomena masyarakat yang senang terpengaruh dengan anasir2 luar.. Jadi.. Waspada sebelum terkena.. Wassalam..