Di dalam kehidupan seorang muslim, salah satu sambutan yang dinanti-nantikan adalah sambutan hari raya Qurban atau ARABnya Aidiladha.
Mesti ramai yang sudah sedia maklum tentang asal peristiwa yang membawa kepada sambutan Hari Raya Haji yang orang melayu biasa sebut, sebab Al-Maklum Tok2 Haji semua pegi haji waktu Hari Raya Haji, jadi diletak ler nama Hari Raya Haji atau formalnye Hari Raya Aidiladha.
Dalam Al-Quran telah dicoretkan firman Allah S.W.T yang melalui mimpi memberi perintah pada Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih Nabi Ismail a.s. sebagai salah satu ujian Para Anbiya', melalui kesanggupan Nabi Ibrahim a.s , salah satu daripada 25 Rasul Allah yang merupakan insan yang terpuji, insan yang bertanggungjawab membina Qiblat Utama Umat Islam selepas Masjidil Aqsa di Palestin,
Insan yang tawadduk, insan yang penuh rasa kehambaan, dituntun oleh Allah S.W.T di dalam payungan kerahmatanNya, diuji dengan ujian yang sangatlah berat, iaitu perintah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s., dan Nabi Ismail a.s. sebagai seorang anak, yang didada, didalam hati, penuh keimanan, dan hidayah Allah, telah meredhai apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan menyuruh Nabi Ibrahim menyembelihnya tanpa rasa ragu-ragu. Schedule
Dengan rasa kehambaan yang tinggi,Nabi Ibrahim a.s. telah melakukan segala perkara yang perlu untuk penyembelihan itu, dan dikala hampir sampai waktunya, Allah S.W.T yang luas rahmat dan kerahiman iaitu penyayangNya pada hambaNya yang taat dan patuh pada perintah dan suruhanNya, telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan haiwan iaiti Kibas, melalui peristiwa inilah telah disyariatkan ibadat Korban , yang bersamanya disekalikan sambutan hari raya Aidiladha, untuk menyambut kebesaran hati seorang hamba, Ibrahim a.s. ,melalui kesanggupan untuk menyembelih anaknya sendiri iaitu Ismail a.s., dan telah digantikan dengan Kibas, iaitu binatang yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran melalui peristiwa ini, untuk mengejarp Mardhotillah ,dalam kita sibuk mengejar dunia yang kian ke penghujungnya.. Wallahua'lam.. :)
No comments:
Post a Comment