BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Telah selesai sudah penggal kelas pada semester 4 ku di British Malaysian Institute, UniKL, pelbagai ranjau telah kulalui, pelbagai ragam ku lihat, ku perhati, ku teliti, dan kuamati.. Ku Ambil Iktibar dari apa yang berlaku,kini diriku berada di persimpangan,
sama ada persimpangan kiri, persimpangan kanan, mahupun persimpangan yang lurus, simpang yang membawa ku ke destinasi 1, 2, ataupun 3, destinasi yang membawaku ke ranjau duri, atau duka, mahupun durjana, aku harus memilih, sama ada hina mahupun duka, tetap ku harus tempuhi,demi masa depan yang jitu...
Semakin aku melusuri ragam hidup makhluk bergelar manusia, semakin aku sedar, bahawa dalam setiap penciptaan yang dijadikan Rabb yang Esa, ada seribu satu tersirat hikmah, dimana terjadinya manusia itu lain paras rupa, muncung hidung pelbagai rupa, tebal bibir berupa bagai, tetapi semuanya tidak serupa, mana mungkin insan yang menjadikan semua ini, tetapi hanyalah kebesaran Rabbul Jalil yang menjadikan kita orang yang berfikir, akan betapa besarnya kekuasaan Illah, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, yang menjalankan siang dan malam silih berganti, yang menjadikan lelaki dan wanita saling melengkapi, itulah tanda-tanda kekuasaan Allah, bagi yang berfikir.
Dan kawan-kawan. ingatlah bhawa, Tuhan sentiasa melihat, mendengar, dan sesungguhNya kerahiman Allah tiada tolok banding, tiada penanding, tiada penghujung, dan sesungguhnya Allah Taala adalah Tuhan Yang Satu..